Tuesday, 24 May 2016

Larian GO Green Run UKM

BLOG #17- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Go Green Run 2016

Program Go Green Run diadakan bermula Ahad 15 Mei 2016 jam 7.00 pagi ini melibatkan penyertaan daripada warga UKM dan juga pihak luar. 

Sehubungan dengan itu, adalah dijangkakan akan berlaku sedikit kesesakan pada sekitar kawasan Dewan Gemilang, Kolej Keris Mas, Perumahan Bukit Puteri dan kawasan sekitar Rumah Hijau.



👉COME EXPLORE & EXPERIENCE UKM👈👈

Selamat Hari Guru

BLOG #16- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru buat para pensyarah dan ahli akademik UKM dan semua guru-guru di Malaysia. 

Terima kasih wahai guru, golongan pendidik tanpa jemu memastikan anak bangsamu menjadi insan berilmu dan berguna pada bangsa dan negara.

Guru Pembina Negara Bangsa | 16 Mei 2016

#SoaringUpwards #ukm #ukmsharing#SelamatHariGuru #HappyTeachersDay #thankyou


Ulang Tahun UKM ke-46

BLOG #15- 18 Sya'ban 1437H/25 Mei 2016

Tanggal 18 Mei jadi ingatan
46 tahun sejak penubuhan
Ayuh Warga UKM sama raikan
Memeriah sambutan majlis dianjurkan

Dalam meniti arus pemodenan
UKM sentiasa maju ke hadapan
46 Tahun Menjejak Kegemilangan
Mencipta kejayaan mengungguli masa depan.

UKM berpuisi

BLOG #14- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

♩♪♫♬ BINTANG KEGEMARAN ANDA BERPUISI♩♪♫♬

Ingin lihat BINTANG kegemaran anda berpuisi? 

Bintang-Bintang Berpuisi II Anjuran UKM dan Utusan Malaysia mempersembahkan barisan artis tanah air seperti Najwa Latif, Fizz Fairuz, Anis Al-Idrus, Siti Nordiana, Ajak Shiro, dan Projector Band.
Turut menampilkan Prof Datuk Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan Datuk Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara dan ramai lagi.


Acara ini berlangsung di Persada Canselori UKM pada 21 Mei 2016 jam 9 Pagi.



FESKI 4

BLOG #13- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Jom Warga UKM dan sekitar, kita meriahkan FESTIVAL KEMBARA IMAN 4 (FESKI) bermula 20 - 22 Mei 2016. Banyak info-info menarik yang boleh didapati di sini.

#ukm #ukmsharing


Simposium Sains dan Teknologi UKM

BLOG #12- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Fakulti Sains dan Teknologi, UKM akan mengadakan Majlis Perasmian Simposium Sains dan Teknologi 2016 yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamad Sanusi Jangi Pengarah, Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) UKM.

✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯
Memacu Penyelidikan Prasiswazah Ke Arah Kemewahan dan Pertumbuhan Ekonomi Yang Mampan 
✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯

Butiran acara seperti berikut:

 1 Jun 2016 (Rabu)
 8.00 pagi
 Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST

Semua dijemput hadir!


Hari Jururawat Sedunia UKM

BLOG #11- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Perjumpaan Mesra Bersama Naib Canselor Bersempena Hari Jururawat Sedunia Peringkat PPUKM 2016 

Dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali untuk meraikan dan memberi amanat kepada warga jururawat Pusat Perubatan UKM untuk terus memberikan perkhidmatan kejururawatan yang terbaik pada setiap masa dan ketika.

Tarikh : 30 Mei 2016
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium, PPUKM

Semua jururawat dijemput hadir! ツツツ



Friday, 13 May 2016

MAKAN MALAM KAB

BLOG #10 - 7 Sya'ban 1437H/ 13 Mei 2016

Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspiraion (ABADI). Itulah namanya makan malam di KAB yang aku nk cerita kali ni. Semua pelajar perlu bayar RM5. Pada awalnya aq ingat utk apa duit tu, rupanya untuk dinner... Punyalah awal diorg kutip! Sem1 lagi dh kena bayar, padahal berlangsungnya Sem2. Pejam celik, pejam celik, dah masuk sem2... BTW, majlis ini berlangsung di dewan Dectar, UKM.
3 gadis sedang bergambar. Tulisan ABADI' 16 tertulis dibelakang.
Sya pergi ke majlis bukan utk bermegah-megah, atau cuci mata, tapi utk dapatkn merit kolej. Maklumlah kita nk stay kolej kena sokong aktvt kolej.

Tapi harapanku musnah! ); aku akhirnya dpt tahu bahawa kolej x sediakn merit utk majlis ni. Aku berasa sunguh menyesal... Lain kali aku xkan pergi lagi.
Suasana dalam dewan
 Korang kalau nk pergi, pergilh. Tapi nasihat aku, pergi tu nk makan, wajib jaga solat, pastu baliklah. Xpergi pun lagi bagus! Bukan apa... tipulah mata korg xtngok ladies2 berpakaian ketat, berhias-hias, seksi bila pergi sana. Mata xboleh jaga kt sana. Last2, bila korang balik je, seronok hilang, dosa kekal.
Baju lawa, rambut berkilat, apalagi, Posing laa
Sekian dari saya utk kali ini,

Terima kasih daun keladi,
    Lain kali jumpa lagi.

Salam~~

Sunday, 24 April 2016

Bas di UKM

BLOG #9 - 17 rejab 1437H@ 24 april 2016

Kali ini sya mahu cerita tentang perkhidmatan bas di ukm.

Salah satu bas di ukm
Untuk pengetahuan semua, pelajar2 di ukm perlu mmbayar yuran sewaktu pendaftaran masuk di ukm. Yuran itu termasuklah tambang bas. Oleh itu, semua pelajar boleh menggunakan bas ini pd bila2 masa. Jenis bas ade 3 ; zon 2, zon 3, dan zon 6. Waktu bas beroperasi pula dari 7:30am-1pm, 2:00pm-7:00pm, 8:00pm-11pm. Setiap zon ade destinasi bas masing-masing. Kalau salah naik bas, menangis korang. Jadi sbgai panduan korg kne bawa jadual destinasi bas smada dlm kertas atau handphone anda.

Jadi sekian sahaja daripada sya. Jumpa lagi!

Peperiksaan di UKM

BLOG #8 - 17 rejab 1437H@ 24 april 2016

Sekembalinya kami ke ukm, musim exam mid-sem pun bermula. Baru-baru ini sya pergi ke Bangunan Pusat Pengurusan Akademik (BPPA) kerana exam saya berlangsung disana.

ini dia bangunan bppa ukm
Untuk pergi ke sana, student ukm terutamanya #1 year mujahadah skit. Selalunya bas ukm pada weekend ada 1 je. itu pun zon 6. Jadinya bas selalu penuh. Kne tunggu di bus stop awal2, at least 1jam 1/2 awal dari waktu exam mula. Nk balik pula satu hal sbb bas zon6 ni xde ke kolej2, straight terus ke ktm! Hmmmm.... sya lihat Redha main peranan disini. Dlm menuntut ilmu mmg kne susah2. Menuntut ilmu dlm kesenangan sebenarnya melemahkn penuntut ilmu itu sendiri.

sekian sahaja dari saya. Wassalam :)

Saturday, 2 April 2016

Perpaduan Kaum di Ukm

BLOG #7- 25/6/1437H, 3/4/2016

Baru2 ini sekreteriat dari KUO mengadakan Pesta 1Malaysia di Pusanika UKM.  Sya sempat melawat pesta ini pd ptg, sebelum perasmiannya malam itu. Acara yg menarik sya ialah kaligrafi cina.  Sya mencuba kaligrafi cina buat kali pertama dlm hidup sya. Bagi sya, Inilah peluang yg susah utk sya dpt sekiranya sya x mencubanya skrg. Syang skali xde gambar dpt sya tunjukkan sbgai bukti.
Tapi mmg paneh pada malam tu, rmai org! Crowd. Kipas yg bnyak pun xterasa anginnya kau. Sya pun apalagi, angkat kaki dan mula buka langkah balik ke kolej. Assignmt pOn bnyak xsiap lagi...

Majlis perasmian Pesta 1Malaysia.

Program bersama Anak Yatim di KAB

BLOG #6- 17 Jamadil Akhir 1437H, 26/3/2016

Pada majlis pelancaran ABC, kami telah menjemput anak2 yatim dari Pusat Jagaan Setumpah Kasih. Progrm bersama anak yatim ini adalh sbgai progrm amal kami. Sambil kami menjual tiket ABC, kami juga meyumbgkn hasil jualan tiket itu kpd pusat jagaan tersebut. Kami namakn progrm ini 'From KAB With Love'. Ianya satu rahmat bgi kolej ini kerana dgn adanya anak2 yatim ini, semoga Allah melimpahkn rahmat dan kasih sygnya kpd seluruh warga KAB. Aminn~ :)
Comel2 mereka ni

Kami juga mmbuat progrm Abg Angkat, dimana mahasiswa diberi peluang utk menjaga anak yatim tersbut. Umur ank yatim ini dlm lingkungan 1-6 tahun, lelaki dan perempuan.

Akhir sekali, kami menyerahkn kembali anak yatim ini kepada pusat jagaan mereka pd ptg 27/3. Walaupun hanya seketika shj mereka bersama kami, ttapi rasa sayang dan rindu terasa dalam hati ini. :'( Sob sob sob
Ironinya, yg jaga bukan saya tetapi org lain...hmmm.
Suasana majlis perasmiaan ABC

Sunday, 27 March 2016

ABC

BLOG #5- 26/3/2016
Inilah dia aktvt yg ditunggu-tunggu oleh warga KAB. Sya AJK Teknikal dlm karnival ini. Seperti yg anda lihat, karnival ini tidaklh besar mana sperti kolej2 lain. Tetapi walaupun kecil, pelbgai aktvt yg kami anjurkn sepnjg 2 hari karnival ini berlangsung. Antaranya ialah Street Soccer, pameran motor besar, Dodgeball, Magician show, Malam Kebudayaan, Colourfun Run, Music chair, dan Malam Apresasi bersama Fad dan Abam Bocey!

Tu diaa!! Bnyk moto besar bak hang


Haa... yg ni pula pameran moto besar yg sya ckpkn tadi. Abg2 ni semua dtg dgn free je. Xde caj satu sen pun diorg kat kami. Tambahn pula, mereka siap bawa anak2 yatim keliling UKM. Cerita anak yatim nnti sya ceritakn pd blog sya yg akan dtg yea. Hehe
Bersama anak2 yatim

Inilah barisn gerai2 yg ada di spnjg karnial ABC ni berlangsung. Xbnyk pon tapi oklah. kalo lapar boleh, ada mknn. Lagi satu dtg sini kne beli kupon sbb kalo pkai kupon nnti penjual bg kertas utk cabutan bertuah. Anda boleh nama dan masukkn dlm kotak LUcky Draw. Hrap2 dpt laaa..

Latihan Kebakaran KAB

BLOG #4- 25/3/2016
Selamat pagi semua!!!
Pada malam ini, BBSM (Belia Bulan Sabit Merah) membuat latihan kebakaran seawal 12 tgh malam. Malam itu, siren kebakaran dibunyikn dan semua org wajib trun. Kami berkumpul di datarn C4 berdekatan dgn FEP. Bomba, Ambulans, Polis dtg ke kolej kami. Latihan kebakaran trut deselitkn. Akhir sekali, kami bersurai pada pkul 1:45 pagi.

Ramah Mesra bersama Pengetua

Blog #3- 29/2/2016

Majlis Ramah Mesra Bersama Pengetua

Pada 29/2/2016, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) membuat perjumpaan dgn penghuni KAB dan pengetua Dr. Suzeren b. Abdul Jamil. Tujuan prorm ini adlah utk mewar-warkn tntg aktvt utama kolej yg akan berlangsung iaitu ABC (Aminuddin Baki Carnival), AYES (Asian Youth Entrepeneur Summit), dan makan malam KAB. Selain itu, ada juga wakil kolej lain yg dtg utk mempromosikan aktvt kolej mereka seperti Ibu Zain ; Career and Entrepeneurship Expo 2016, yg bkal berlgsung pada 19-20 April di DECTAR.

Sunday, 13 March 2016

Anak-anak Melaka di UKM

BLOG #2- 6:17PM 13/3/2016

Persatuan Mahasiswa Anak Melaka (PESAMA). Pada 22/11/2015, Pesama tlh mengadakn makan malam di Dataran Tun Abdullah M. Salleh (DTAMS). Tujuan ianya diadakan adlah utk memberi peluang kpd ahli2 kenali antara satu sama lain. Ramai di kalangan ahli pesama terdiri dari Fakulti Pengajian Islam (FPI), dan selebihnya ada dari FSSK, FEP, FPEND, dan FST. Dalam sejarah Pesama tiada lagi ahlinya dari FKAB. Harap2 ada yg memecah rekod ini pd tahun yg akan dtg. Itu serba sedikit tntg Pesama.

Sampai2 je kita kena main benda alah ni. Yg korg nmpk mcm spider web tu sbnrnya tali. Kita yg 1 year ni pun ikutlah ckp diorang. Korg tengok jelah gambar2 semua ni.



 Game kedua.
Biarlah gambar berbicara...~





Sorry, perut lapar. NGAP!!

 Jemput makan.... :P




Game kedua tadi, disuruhnya buat benda camni. Alah apa susah sngat....
 Haa....yg ni cerita lain. Ini masa kami main bowling di Giant Bangi.



Last kali apa lagi...., sesi berGambau laa sbgai kenang kenangan.

Sekian....

Saturday, 12 March 2016

Blog Pertama dalam Hidupku

BLOG #1- 3:21 PM, 12 March 2016, 3 Jamadil Akhir 1437
Hari ini kolej Aminuddin Baki (KAB) membuat gotong-royong yg dinamakan 'Saya Sayang KAB'. Program bermula dari pukul 8am dgn aktvt stetching, dan tamat pada pukul 10am. Walaupun namanya gotong-royong tetapi kami hanya mengecat line jalan, membersihkan jalan, dan itu saja. Sebenarnya ini semua adalah persediaan untuk karnival kolej yang akan berlangsung pada 26 & 27 March 2016. Gambar diatas diambil di Dataran K4 yg akan menjadi tempat berlangsungnya karnival, Aminuddin Baki's Carnival (ABC). Faedah drpd aktvt ini ialah kami dpt mengisi masa lapang dan makanan free. Itu saja dari sya, jgn lupa untuk dtg ke karnival kolej kami iaitu ABC! Kami mengalu-alukn kedatangan anda. Bawa satu keluarga lagi bgus kerana program ini berunsurkan kekeluargaan. Alhamdulillah~ :D