Monday, 29 April 2019

FOTOGRAFI

BLOG #18- 23 Sya'ban 1440H/ 29 April 2019

Pada hari ini, aku ingin kongsikan ilmu tentang cara untuk mengambil gambar supaya gambar yang diambil akan nampak lebih menarik, cantik, dan berimpak!  Oleh kerana saya menghadapi kekangan masa, saya akan publish sedikit-sedikit.

1. Rule Of Thirds

Jika anda meletakkan objek fokus anda pada titik persilangan ini, gambar yang anda ambil akan menjadi lebih menarik dan kurang bosan.

Picture

TIPS #1: Apabila ambil gambar orang atau haiwan, letakkan matanya pada titik persilangan.  Lihat contoh;

Picture

TIPS #2; Untuk gambar pemandangan, letakkan garisan mendatar/ horizontal selari dengan garisan grid kamera. Contohnya;

Picture


Ok, itu sahaja untuk hari ini!  Saya akan publishkan lagi metod yang lain pada waktu lain.

Assalamualaikum! Peace be upon u'olls!

Tuesday, 24 May 2016

Larian GO Green Run UKM

BLOG #17- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Go Green Run 2016

Program Go Green Run diadakan bermula Ahad 15 Mei 2016 jam 7.00 pagi ini melibatkan penyertaan daripada warga UKM dan juga pihak luar. 

Sehubungan dengan itu, adalah dijangkakan akan berlaku sedikit kesesakan pada sekitar kawasan Dewan Gemilang, Kolej Keris Mas, Perumahan Bukit Puteri dan kawasan sekitar Rumah Hijau.



👉COME EXPLORE & EXPERIENCE UKM👈👈

Selamat Hari Guru

BLOG #16- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru buat para pensyarah dan ahli akademik UKM dan semua guru-guru di Malaysia. 

Terima kasih wahai guru, golongan pendidik tanpa jemu memastikan anak bangsamu menjadi insan berilmu dan berguna pada bangsa dan negara.

Guru Pembina Negara Bangsa | 16 Mei 2016

#SoaringUpwards #ukm #ukmsharing#SelamatHariGuru #HappyTeachersDay #thankyou


Ulang Tahun UKM ke-46

BLOG #15- 18 Sya'ban 1437H/25 Mei 2016

Tanggal 18 Mei jadi ingatan
46 tahun sejak penubuhan
Ayuh Warga UKM sama raikan
Memeriah sambutan majlis dianjurkan

Dalam meniti arus pemodenan
UKM sentiasa maju ke hadapan
46 Tahun Menjejak Kegemilangan
Mencipta kejayaan mengungguli masa depan.

UKM berpuisi

BLOG #14- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

♩♪♫♬ BINTANG KEGEMARAN ANDA BERPUISI♩♪♫♬

Ingin lihat BINTANG kegemaran anda berpuisi? 

Bintang-Bintang Berpuisi II Anjuran UKM dan Utusan Malaysia mempersembahkan barisan artis tanah air seperti Najwa Latif, Fizz Fairuz, Anis Al-Idrus, Siti Nordiana, Ajak Shiro, dan Projector Band.
Turut menampilkan Prof Datuk Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan Datuk Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara dan ramai lagi.


Acara ini berlangsung di Persada Canselori UKM pada 21 Mei 2016 jam 9 Pagi.



FESKI 4

BLOG #13- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Jom Warga UKM dan sekitar, kita meriahkan FESTIVAL KEMBARA IMAN 4 (FESKI) bermula 20 - 22 Mei 2016. Banyak info-info menarik yang boleh didapati di sini.

#ukm #ukmsharing


Simposium Sains dan Teknologi UKM

BLOG #12- 18 Sya'ban 1437H/ 25 Mei 2016

Fakulti Sains dan Teknologi, UKM akan mengadakan Majlis Perasmian Simposium Sains dan Teknologi 2016 yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamad Sanusi Jangi Pengarah, Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) UKM.

✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯
Memacu Penyelidikan Prasiswazah Ke Arah Kemewahan dan Pertumbuhan Ekonomi Yang Mampan 
✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯✯

Butiran acara seperti berikut:

 1 Jun 2016 (Rabu)
 8.00 pagi
 Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST

Semua dijemput hadir!